Saturday, October 23, 2010

Konsert di UIAM dan UniSZA

Tanggal 6 Oktober 2010 , ShouHAR telah tampil membuat persembahan di program Teater Muzikal Palestin Universiti Islam Antarabangsa Malaysia , Gombak. Pada malam tersebut ShouHAR telah mempersembahkan 6 buah nasyid. Selain dari ShouHAR turut serta menjayakan program tersebut, Maher Zain , Inteam , Muazd & Hafiz.

Minggu berikutnya pada 15 Oktober 2010 sekali lagi ShouHAR tampil membuat persembahan sempena Konsert Mahabbah Gaza anjuran Kelab Astronomi di Dewan Universiti Sultan Zainal Abidin , Kuala Terengganu. 10 buah nasyid telah dipersembahkan. Turut buat persembahan ialah Muadz & Hafiz.

Gambar-gambar program boleh dilihat di " Facebook - Konsert Shoutul Harokah - Malaysia "

No comments:

Post a Comment