Profil

Shoutul Harokah ( ShouHAR)

Memperjuang Nasib Rakyat Palestin

Oleh : ShouHAR Event Management



Shoutul Harokah, suatu masa dahulu amat asing di bumi Malaysia. Namun, semenjak akhir-akhir ini rakyat Malaysia mulai mengenali kumpulan nasyid dari negara tetangga ini. Shoutul Harokah atau singkatannya ShouHAR sangat sinonim dengan lagu-lagu yang memperjuangkan Palestin. Dan kini, mereka mulai dikenali dengan sebuah kumpulan nasyid yang giat dengan perjuangan Isu Palestin – isu sejagat. Antara nasyid yang sangat diminati Palestina Tercinta , Merah Saga dan Cita Pemuda.

Sejarah Ringkas

ShouHAR ditubuhkan di Bandung, Indonesia pada tanggal 31 Disember 2001 dengan tujuan untuk menjadikan wadah nasyid ini sebagai platform untuk menyebaran dakwah Islam serta memperjuang isu Palestin ke seluruh penjuru dunia.
Dianggotai oleh 9 orang pemuda yang merupakan aktivis kemanusiaan yang sangat peka kepada permasalahan Palestin, ShouHAR mula dirintis dan digerakan oleh tenaga muda seperti Muhammad Taufik Ridlo, Hilman Rosyad Syihab, , Rikrik Hartadi, Ridwan Solichin, Cecep D Hidayat, Raden Candra, Asep Irawan, Bakti Prawira dan Raphael Prapanca. Dengan mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza mereka bergabung tenaga untuk mengerakkan nasyid yang berentak semangat dan mampu mengugah jiwa.
Album
Sudah 5 Album dihasilkan  oleh Shoutul Harokah selama 9 tahun berkecimpung dalam arena nasyid ini.  Album pertama adalah “Derap Keadilan” (2003), Album “Tak Kenal Henti” (2005), Album “Ini Langkahku” (2006), Album “Bangkitlah Negeriku Harapan Itu Masih Ada” (2008), Album Kumpulan Nasyid Arab (2009)

Kemunculan di Malaysia

Buat julung-julung kalinya, ShouHAR dijemput ke Malaysia adalah pada tahun 2009 untuk mempersembahkan nasyid mereka pada Konsert Antara Dunia 2009 anjuran  GAMIS dan Rabbani. Seterusnya pada tahun 2010, mereka hadir membuat persembahan di beberapa tempat antaranya Konsert Lifeline For Gaza(LL4G) di Masjid Wilayah, Malam Untukmu Palestin , Charity Lunch for Palestine , Konsert Shoutul Harokah (Palestina Tercinta) Balai Islam , Lundang , Konsert Kembara Sufi (Universiti Teknologi Petronas) , Perhimpunan Perdana Palestin (Stadium Malawati) , Konsert Shoutul Harokah (Yayasan Khairiah , Kupang) serta acara-acara yang lain.
Pada pertengahan Julai 2010 ini Shoutul Harokah tampil lagi mengadakan Road Tour di beberapa negeri seperti di UTeM - Melaka , Nilai – Negeri Sembilan , UIA – Kuantan , USM Kelantan , KTD – Pengkalan Chepa dan KUIN – Kedah.
Mesej Shoutul Harokah tampil dalam jelajahnya adalah ingin mengajak seluruh lapisan masyarakat agar merasai , perihatin tentang isu Palestin adalah isu sejagat dan perlu diberi perhatian dan diambil tindakan bagi membantu dalam semua aspek yang mampu. Sumbangan dalam bentuk kewangan, buah fikiran mahupun doa yang tidak putus-putus. Al Aqsa dan bumi Palestin dekat dihati mukmin seluruhnya , bumi anbiya’ , Isra’ Rasul SAW , kiblat pertama umat Islam dan masjid ke 3 yang diberkati.